Wednesday, September 16, 2009

Bersyukurlah diRaya ini

Meski bukan baru, tetapi baju yang Salleh pakai masih terlihat seperti baru. Bersih dan rapi. Begitu juga yang dikenakan isteri dan anak-anak Salleh.

Tangis haru dan tawa gembira mewarnai suasana lebaran hari ini. Pulang dari sholat AidilFitri, anak-anak Salleh mendapatkan ayah dan ibu mereka, berpelukan dan mengucup lembut tangan dan pipi mereka. Salleh dan isteri membalasnya dengan kucupan terkasih. Sebelum berlalu, tidak lupa mereka meminta 'habuan' wang lebaran. Setelah itu mereka berlari-larian mendapatkan nenek mereka untuk meminta cium.


Ada airmata yang menitis ketika Salleh menatap wajah tua di hadapannya. Terlalu lemah hati Salleh untuk menahan rasa yang begitu dalam terhadap ibu, sesosok anggun yang selalu ingin Salleh cium kakinya. Salleh memeluk kaki letihnya, menikmati wangi cintanya seraya berharap kelak mendapatkan syurganya dari sana. Lalu, mengalirlah doa dan kalimah penuh kasihnya untuk anak yang sering tak tahu membalas budi ini. Kemudian satu persatu adik beradik Salleh tersungkur di kakinya.

Aneka kuih khas hari raya yang sejak subuh telah tersedia di meja ruang tamu nampaknya tak sabar menanti untuk disentuh. Salleh dan isteri, tentu saja takkan melepaskan hidangan khas lebaran di rumah cinta itu, Nasi Beriani Hujan Panas, Lemang dan Rendang. Tidak hanya anak-anak ibu yang menikmati juadah masakan ibu, tetapi juga sahabat-sahabat Salleh yang sengaja datang untuk dua perkara; silaturrahim dan juadah masakan ibu Salleh!

Begitu indah dan harunya hari raya, hingga Salleh hampir terlupa akan sebuah janji jika sahaja tak diingatkan seorang sahabat. "Jadi kah kita kesana?"
Salleh bersama keluarga dan empat orang sahabatnya memandu kereta menuju tempat yang sudah direncanakan untuk dikunjungi. Untuk sementara, Salleh tangguhkan rencana kunjungan silaturrahim ke beberapa rumah teman lama. Lebih kurang lima belas minit, mereka sudah sampai di depan sebuah rumah yang dituju.

Sebaris senyuman ikhlas anak-anak dari halaman rumah menyambut salam tetamu yang baru tiba. Salah seorang dari mereka mempersilakan Salleh, keluarga dan teman-teman masuk.

Rumah kecil itu, dinding-dindingnya terlihat terkelupas di beberapa tempat. Tak ada satu pun anak yang mengenakan baju baru, sepatu baru, juga tak ada yang terlihat sedang menghitung-hitung wang hasil pemberian saudara-saudara mereka. Tak ada kuih khas hari raya. Tak tersedia ketupat lebaran, apalagi rendang daging atau lemang. Air yang tersedia untuk mereka pun hanya air tak berwarna, jelas, kerana mereka tak ada sirap.

Di rumah tumpangan anak yatim itu, hanya ada mata-mata kosong menanti huluran tangan para dermawan. Mereka tak pernah lagi menikmati saat-saat indah di hari raya dengan aneka hidangan, pakaian bagus, ciuman dan pelukan hangat dari orang-orang terkasih. Tak lagi mereka dapatkan tangan dan pipi untuk dikucup setelah pulang dari sholat AidilFitri, juga kaki-kaki mulia tempat mereka bersimpuh, bahkan sebahagian besar mereka pun tak pernah tahu wajah orang yang pernah melahirkannya.

Sebahagian mereka mengaku terus bertanya, kenapa Allah membiarkan mereka hidup tanpa orang tua? "Apakah Allah tak ingin melihat saya bermanja dengan ibu?" tanya Adi, salah seorang penghuni rumah tumpangan yang berusia delapan tahun. Tidak kurang juga dari mereka terus berharap Allah mengembalikan orang tua mereka agar mereka dapat merasakan menjadi anak, yang mendapatkan kasih sayang orang tua, agar ada tangan yang dikucup saat berangkat dan pulang sekolah, agar ada satu kesempatan bagi mereka untuk menikmati manisnya berbakti.

Mereka seolah-olah tak peduli dengan aneka makanan dan hadiah yang Salleh bawa. Bukan itu yang mereka rindui. Mereka mengaku sudah biasa hidup tanpa berlimpah makanan. Bersekolah tanpa wang jajan pun sudah mereka rasakan. Ada yang lebih mereka rindui di sepanjang hari, lebih-lebih di hari raya ini. Akhbar, anak kecil berusia enam tahun menghampiri dan berbisik di telinga anak perempuan Salleh, " Kak, bagaimana rasanya tidur ditemani mama?"

Gagal Salleh menahan airmatanya dari berguguran

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin Dari Kami.

Saturday, September 12, 2009

Amalan Sunat Malam Lailatul Qadar

BANYAK amalan salih dilakukan pada Ramadan dengan harapan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Bagi setiap amalan dilakukan kita hendaklah berdoa supaya diterima Allah.

Sesungguhnya berdoa adalah satu tugas agama yang penting kedudukan dan mahal nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepada-Nya.

Ini jelas melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, hidup dan bergerak. Ini laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalu separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.

Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya?

Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).

Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab."

Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah.

Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah.

Tuhan selalu membuka pintu untuk hamba-Nya mengadu, memohon dan berdoa kepada-Nya. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Firman Allah lagi bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Nya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60).

Saturday, September 5, 2009

Soal Jawab Yakjuj Dan Makjuj

FALLEN ANGEL BERTANYA:
Apa pendapat Ustaz tentang Surah Al Kahfi Ayat 98 di bawah?

“Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".

Memang dinding itu sudah pecah (zaman Rasulullah dah sebesar ibu jari) tapi apakah yang dimaksudkan dengan ayat 98 di atas?

Kerana ada yang mengambil ayat di atas secara literal, dan ada yang mengambilnya secara metafora. Kalau kita mengambilnya secara literal, maka ayat di atas mengatakan bahawa dinding itu akan hancur luluh 'apabila datang janji Tuhanku'.

Apakah pula maksud 'apabila datang janji Tuhanku'?
Apakah maksudnya apabila hampirnya Kiamat?
Dalam Surah Al-Anbiya ayat 96-97:"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.”“(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim."Mungkinkah dinding itu sudah pecah tetapi belum cukup untuk membolehkan Yakjuj & Makjuj keluar beramai2?

Sehingga memerlukan Allah menghancurluluhkan tembok itu dengan kekuasaanNYA? Bagaimana pula dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan kaum itu telah pun muncul semula & mereka berada di kalangan kita?

Sedangkan mengikut hadis, Yakjuj & Makjuj hanya akan keluar selepas matinya Dajjal di tangan Nabi Isa?

Minta pencerahan Ustaz. Semoga diskusi ini memberi manfaat kpd semua.

PENJELASAN:
Perkara ini melibatkan TAFSIR, maka saya/kita kena sangat berhati-hati.
Tentang “APABILA TELAH SAMPAI JANJI TUHANKU” itu, saya tidak ada pengetahuan tentangnya.

Dari sudut pandangan peribadi, janji yang dimaksudkan ialah janji Tuhan bahawa tembok itu akan musnah suatu hari nanti.
Satu lagi, JANJI YANG BENAR itu memang sangat sesuai dipadankan dengan Hari Kiamat yakni hari kehancuran.
Pada hari itu, semua isi bumi musnah termasuklah tembok Yakjuj Makjuj. Cuba kita padankan JANJI YANG BENAR dengan hari kiamat/kehancuran:

“Maka apabila sudah datang HARI KIAMAT/ KEHANCURAN, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan HARI KIAMAT/KEHANCURAN adalah benar.”HANCUR tahap LULUH tentu saja sesuai jika disebabkan oleh hari kiamat/ kehancuran.

Ini untuk menunjukkan, betapa kukuh pun binaaan Zulqarnain itu, tidak ada suatu apa pun yang selamat jika kiamat berlaku.Wallahualam.Yakjuj Makjuj keturunan Yafits.

Yafits ialah anak Nabi Nuh. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan.

Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam.Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi.

Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain.
Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya meloloskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah.

Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya.

Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini.Namun ketika itu mereka menyerbu sebagai Yakjuj DAN Makjuj, iaitu terpisah.

Selepas umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Zionis di Israel, atas nama Hak Asasi Manusia, PBB dan lain-lain, satu tentera bersekutu akan dibina oleh PBB. Tentera bersekutu ini ialah gabungan Amerika, Eropah, China, Rusia dan lain-lain termasuklah beberapa negara Islam sendiri.

Mereka inilah Yakjuj Makjuj. Ketika itulah mereka bergerak sebagai satu kesatuan antara Yakjuj dan Makjuj. Sebelum itu mereka turun secara berasingan (iaitu Barat dan Timur). Kini anak cucu mereka turun sebagai satu kesatuan iaitu YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Tentera Mahdi dan Nabi Isa tidak akan mampu menghadapi tentera bersekutu ini. Tetapi tentera bersekutu ini akan dimusnahkan oleh tentera Allah berupa haiwan-haiwan kecil.

Wallahulam.

Begitulah pandangan saya.
Kesimpulannya, Yakjuj sudah keluar, Makjuj pun sudah keluar. Cuma mereka belum keluar sebagai Yakjuj DAN Makjuj. Yakjuj DAN Makjuj ini akan keluar selepas tentera Mahdi dan Nabi Isa mengalahkan Israel.
Ayat kedua yang tuan petik itu juga menggunakan kalimah FUTIHAT yang bermaksud DIBUKA/ TERBUKA.
Ia belum hancur luluh. Hancur luluh tembok itu ialah ketika kiamat.DIBUKA itu pula asalnya ialah DIBUKA YAKJUJ MAKJUJ, perkataan TEMBOK hanya tafsiran ulama. Boleh jadi ada maksud lain tentang “HINGGA APABILA DIBUKAKAN YAKJUJ MAKJUJ

Thursday, September 3, 2009

Ikan siakap kukus pedas


Bahan-bahan
1 ekor ikan sederhana besar yang segar

2 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 tangkai serai *
1 cm halia *
asam jawa
serbuk lada putih
2 -3 biji cili padi ( dihiris )
2 sudu besar Kicap pekat


Cara-cara
Tumbuk semua bahan-bahan *
Bersihkan ikan
Lumur seluruh badan ikan dengan asam jawa.
Letak ikan dalam bekas untuk dikukus.
Tabur kan bahan ditumbuk atas ikan.
Tambah lada putih, cili padi dan kicap.
Kalau nak pedas tambah lagi cili padi
Kukus hingga ikan masak.
Angkat dan hias la sikit-sikit dengan daun sup ke
bawang goreng ke.


Selamat mencuba

Kata-Kata Pujangga

# Janganlah disamakan antara orang yang berjimat cermat dengan orang yang kedekut. Orang berjimat selalunya memperhitungkan perbelanjaannya, masuk dan keluarnya wang tersebut dengan tujuan membelanjakan menurut sepatutnya. Sedangkan orang yang kedekut mengumpulkan harta dengan tujuan menambah sebanyak-banyaknya. Orang yang berjimat mengatur hartanya dan yang kedekut diatur oleh hartanya.

# Kata-kata yang paling agung dan mulia adalah Allah. Kata-kata yang paling lembut adalah kasih sayang (ar-rahman-ar rahim). Kata-kata yang paling cepat adalah waktu dan kata-kata yang paling panjang adalah kekal abadi.

# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam kerosakan.

# Iri hati dan dengki adalah suatu penyakit yang tidak nampak pada tubuh penderitanya.

# Cacatnya nasihat ialah bila disampaikan secara terang-terangan.

# Sebaik-baik saudara atau kawan ialah bila engkau lupa dia mengingatkan dan bila engkau ingat dia menolongmu.

# Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh orang-orang yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra keimanan dalam dadanya. Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya akan makin bertambah dan makin kukuh.

# Sabar dan tenang adalah dua kembar yang dilahirkan oleh jiwa besar.

Santapan Jiwa

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita.
Berapa banyak dosa.
Berapa banyak pahala??
Kalaulah dosa itu macam batu.
Berapa berat perlu kita angkat?
Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa,
dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka?
atau takut dan memusuhi mereka?
atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..
(tetap sama seperti biasa kita buat)
Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.
Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!
Wallahualam...