Friday, May 29, 2009

Review Buku

LIKU-LIKU MENITI KEJAYAAN - SEBUAH AUTOBIOGRAFI
Selenggaraan : Lt Kol Dr. Mohd Yunus Masjuki TUDM
Tahun cetakan : 2008
ISBN : 978-983-3900-35-0
Nombor rujukan : M 923.5595
Ringkasan :

Buku ini memaparkan kisah seorang anak tani yang telah berjaya dalam bidangnya sebagai seorang pegawai TUDM berpangkat Leftenen Kolonel- Lt.Kol.(U) Dr.Mohd Yunus b. Masjuki. Meskipun dibesarkan dalam adik beradik seramai 9 orang dan serba kekurangan, namun tubuh kecil beliau tidak pernah menyerah kalah dalam memburu pencapaian akademik dari sekolah rendah sehinggalah keperingkat PhD. Dalam aspek membina kejayaan dalam kerjayanya, beliau mengajak pembaca mengenal erti kehidupan, menghargai nilai kesusahan hidup dan menghargai pemberian. Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan boleh didapati di Seluruh Perpustakaan Desa PNM dan juga Bahagian Rujukan Monograf, Pusat Maklumat Malaysiana, Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia..

Amalan Rasullah S.A.W

Hari jumaat yg mulia ni elok kita penuhkan jiwa dgn perkara yg diredhai Allah S.W.T.

"1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :- Berlimpah pahala dari Allah- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaatbeliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku,bersisir dan berminyak wangi.!

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelumlapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampaikekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertigalainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummatIslam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad,mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki,keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akanberjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Inimenunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletakpada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi olehkebersihan dan kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan biladuduk maka berbaring- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkankegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagikelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras,serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas makamenjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari ! sifat sifat mazmumah danhiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Thursday, May 28, 2009

Dimana Boleh Cari Ramai Melayu


Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

memang pedih dan pedas tp untuk lebih berjaya apa salahnya..

Penyokong komunis...

Sejak beberapa hari lepas berita media perdana hangat dengan isu usaha menghidupkan ideologi komunis di Malaysia dan percubaan membawa pulang Chin Peng ke Malaysia.

Menurut blog tersebut mereka juga sebenarnya adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan British.Blog yang diberi nama Kampung Pendamaian Shukirin iaitu nama kampung anggota-anggota komunis di Thailand.

(Gambar: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chen Ping. Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)

Apa yang kita belajar dari subjek sejarah mereka ialah pengkhianat negara dan bertempur dengan tentera dan membunuh orang awam. Komunis adalah satu ideologi yang diguna pakai di negara besar seperti China dan Russia. Tapi la ni fahaman ni telah terhapus dan menyaksikan Russia terpecah kepada beberapa negara-negara kecil seperti Uzbekistan, Bosnia, Serbia dan sebagainya.

Mereka pula berpendapat sebaliknya, mereka menganggap mereka lah yang telah cuba membebaskan Tanah Melayu drp penjajahan British...

Blog Kampung pendamaian Shukirin boleh dilayari DISINI

Anda pulak bagaimana?

Wednesday, May 27, 2009

Koleksi Buku Terbaru

LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG

Penulis
Mohd Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria
Tahun cetakan
2008
ISBN : 978-983-3494-96-5
Nombor rujukan: M 650.1




Ringkasan :

Buku ini dikarang oleh dua orang tokoh dalam bidang motivasi dan keushawanan, iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Tuan Hj. Muhammad Zakaria.


Percantuman idea dari dua orang tokoh ini, telah menghasilkan suatu buku yang amat menarik dibaca. Antara lain buku ini membincangkan kekuatan persiapan awal yang mesti ada pada seseorang sebelum menceburi dunia keushawanan, iaitu ilmu keushawanan.

Kekuatan ilmu tersebut mampu menjadi perisai bagi segala tohmahan, ugutan dan cabaran yang akan dihadapi. Selain daripada itu seseorang ushawan itu perlu memiliki hati sekeras batu untuk berhadapan dengan cabaran, namun mempunyai perasaan selembut air dalam mengahadapi ragam manusia yang berurusan dengan mereka.

Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami, gambar foto, ilustrasi dan kartun dalam memantapkan hujah-hujah pengarang serta penggunaan carta dan jadual menyebabkan buku ini semakin menarik untuk dibaca.


Tuesday, May 26, 2009

Gambar Kreatif?

Li Wei, begitulah namanya, memandang karya-karyanya punya misi tertentu yaitu suatu adegan demi fotografi dan nampak yang sempurna
Dia mahir menciptakan ilusi tentang kenyataaan yang berbahaya



cuma kadang2 ianya akan membuatkan kita berfikir semula tentang idea beliau ni...

Wajarkan meminjam amanah saham?

sumber: otai invesment

Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana Amanah Saham berharga tetap.

Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!

Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% (6.65% dengan KPA semasa 6.75%).Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.

Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam Amanah Saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:Jumlah pinjaman : RM 50,000.00Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)Bayaran balik sebulan : RM 377.22Jumlah bayaran balik : RM 90,532.80 (240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?Saya mengandaikan dana Amanah Saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00 ( 10 % setahun )Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80Keuntungan bersih : RM 245,842.20

Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam Amanah Saham tanpa meminjam?Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20 (240 bulan)Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27( purata 10% setahun )Perbezaan:Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27 (RM 377.22 sebulan/240 bulan)Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20 (tolak bayaran balik pinjaman)Beza : RM 27,260.07Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan Amanah Saham kita?Tidak perlu bersusah payah. Masih bank yang sama. Masih kaunter bank yang sama. Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun Amanah Saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman.Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!
CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran.

Percuma.
UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Cara Bertaubat

Soal Jawab Agama

Adakah cukup dengan lafaz “aku bertaubat dan menyesal” dengan perbuatan lama serta cuba untuk menjadi hamba yang soleh/solehah sahaja tanpa melakukan solat sunat taubat atupun taubat nasuha?

Gadis ingin tahu,
Shah Alam

Penjelasan:
Tidak perlu apa-apa lafaz untuk bertaubat.
Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat:

(1) Menyesali perbuatan salah yang telah dilakukan.

(2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 406.

(3) Berhenti melakukan kesalahan tersebut dan

(4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal.

Seminggu sebelum perasmian Library Chenaam

Nampaknya kesibukan mula dirasai oleh petugas Library Chenaam, walaupun dibantu oleh member2 len tapi tekanannya badan sendiri yg nak menanggong bai..


Hai... merenung jauh kawan!

bincang mcmana nak design semula library



memproses semula buku, banyak tu kalu sorang buat mau 2bln baru siap ni..

sori le kualiti gambar tak elok camera hanset je..

Saturday, May 23, 2009

Solat Yang Tidak Diterima Allah

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa :

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

"Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah.

" Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Kenapa Babi Diharamkan Dalam Islam

Islam telah mengharamkan Babi serta keturunannya semua untuk penganutnya. Jadi persoalannya mengapa babi diharamkan oleh Allah SWT kepada kita?

Setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT sebenarnya mempunyai hikmah yang perlu/boleh dirungkai oleh pemikiran yang berlandaskan al quran dan juga hadis.

Sekarang ini dimana dunia digemparkan dengan virus baru yang dibawa oleh binatang ini. Sekurang-kurangnya non muslim yang boleh berfikir dapat membuka mata kenapa islam mengharamkan binatang ini.

Ini semua telah mengingatkan saya tentang satu kisah tentang binatang ini.

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya.

Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta..

Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian.

Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya



Thursday, May 21, 2009

Sukarnya memperolehi Mykad

Oleh
RIZAM ZAKARIYAmohdrizam@kosmo.com.my

BATU KAWAN – Seorang remaja, Azizul Abdul Kadir Mohd. Yaacob, 19, merupakan seorang warganegara Malaysia tetapi setiap kali keluar rumah, dia dihantui perasaan bimbang dianggap pendatang asing tanpa izin (PATI).
AZIZUL menunjukkan salinan sijil kelahiran yang diperolehnya pada tahun 2005 di rumahnya di Taman Belibis, Simpang Ampat, Batu Kawan semalam.


Semuanya gara-gara dia tidak mempunyai MyKad sehingga memaksanya membawa salinan sijil kelahiran setiap masa dan ke mana sahaja dia pergi bagi mengesahkan bahawa dia adalah seorang warganegara.
Itulah yang terpaksa dilalui Azizul Abdul Kadir gara-gara sijil kelahirannya pernah hilang pada tahun 1999 menyebabkan dia sukar memperoleh MyKad.


Dia yang ditemui di rumahnya di Taman Belibis, Simpang Ampat di sini semalam memberitahu, sehingga sekarang permohonannya untuk mendapatkan MyKad tidak mendapat maklum balas Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang (JPNPP).

Menurutnya, selepas sijil kelahirannya hilang pada tahun 1999, ibunya, Norjahan Bibi Mohd. Shariff, 45, membuat laporan polis dan memohon salinan sijil kelahirannya daripada JPNPP.
“Ketika itu pegawai di JPN memberitahu mereka tiada rekod mengenai kelahiran saya dan minta ibu mendapatkan pengesahan kelahiran daripada Hospital Bukit Mertajam (HBM), tempat saya dilahirkan.
“Selepas beberapa kali ibu berulang-alik ke JPN, pada November 2005 barulah JPNPP mengeluarkan sijil kelahiran saya,” katanya.


Kelewatan itu katanya, menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2004.
Menurutnya, disebabkan malu dengan ejekan rakan-rakan bahawa dia tidak mempunyai sijil kelahiran dan MyKad, dia tekad untuk berhenti sekolah dan melupakan hasrat untuk A, masalah lain pula timbul kerana tidak mendapat kerja gara-gara tidak mempunyai MyKad.


“Saya telah membuat permohonan mendapatkan MyKad di JPN Jawi dekat sini awal tahun lalu tetapi enam bulan selepas itu, saya masih tidak mendapat maklum balas daripada mereka.
“Selepas itu, saya ambil borang permohonan saya di JPN Jawi dan hantar pula ke JPN di bahagian pulau pada November tahun lalu tetapi perkara yang sama berlaku lagi,” katanya.
Kini dia terpaksa bekerja sebagai tukang sapu dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan kerana jelasnya, pekerjaan itu tidak mementingkan dokumen.



Bahaya Penghawa Dingin


Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta...!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

baca lebih lanjut....
http://isuhangat.blogspot.com/2009/05/dilarang-menghidupkan-pendingin-hawa.html

Wednesday, May 20, 2009

Aktiviti Mingguan Perpustakaan


ini la aktiviti minggu lepas, lepas je mewarna buat main phazal pulak.

Tuesday, May 19, 2009

Kenapa Orang Melayu Tidak Minat Membaca Buku

sumber Utusan Malaysia
MELAKA 22 Feb. – Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu pada masa ini terutama pelajar institusi pengajian awam.Presidennya, Datuk Ghani Ngah berkata, perkara tersebut turut diperkatakan di kalangan pihak media dan pakar akademik yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai tahap penurunan minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu sejak kebelakangan ini.Katanya, DIMB percaya keadaan itu berlaku disebabkan pergantungan pelajar atau remaja terhadap kemudahan Internet yang dianggap lebih mudah dalam menyalurkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh mereka.‘‘DIMB berharap agar pihak berkaitan terutama dari pihak kerajaan sendiri perlu mencari formula berkesan untuk menarik kembali minat pelajar Melayu terhadap pembacaan pelbagai jenis buku,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Islam anjuran Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU) di sini hari ini.Pada masa yang sama, katanya, pelajar Melayu itu sendiri perlu mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti membaca bagi memastikan generasi akan datang tidak cetek ilmu pengetahuan.Katanya, senario membimbangkan itu timbul disebabkan kesilapan pelajar dan masyarakat sendiri yang beranggapan membaca itu hanya untuk lulus peperiksaan.‘‘Akibat pandangan itu, kebanyakan pelajar hanya akan membaca sebagai persediaan untuk lulus peperiksaan dan apabila selesai, buku tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu dibaca semula atau untuk rujukan selanjutnya.‘‘Sikap membaca ini adalah untuk semua peringkat, ia bukan hanya untuk mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan,” katanya.Beliau berkata, buku masih berperanan dan merupakan alat berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada pembaca berbanding kemudahan Internet yang masih bergantung kepada kesesuaian peralatan dan talian tetap.Pada masa yang sama, katanya, jika dilihat mengenai sambutan pengunjung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, pihaknya mendapati hampir 85 peratus daripada kira-kira tiga juta pengunjung terdiri daripada orang Melayu.

komen sikit:

1. Membaca ni kena dibudayakan dari kecil lagi. Kanak-kanak perlu digalakkan masuk ke kedai buku, belek-belek buku, beli-beli buku & baca-baca buku hee. Jgn apabila kanak-kanak nak pergi belek-belek buku, kita suruh dia cepat-cepat belek atau jangan langsung pergi belek !! Ada ka patut ??

2. Kalu kita masuk mana-mana kedai buku yang besar-besar macam Popular, MPH, Times (yang kita boleh baca buku kat ruangan yang disediakan), kita dapat lihat ramai kanak-kanak ‘bukan Melayu’ baca buku di situ.

3. Parents diaorang plak, sanggup tunggu dgn baca buku-buku lain yang ada kat situ, seperti buku-buku perkebunan, resepi masak, permotoran dll. Kadang2 ada jugak auntie yang dah tua-tua boleh p baca buku ‘cara buat magic’?? Macam nak hentam gelak ja tengok. Harga dia mak aih – RM280++

4. Tak dinafikan, banyak buku sekarang ni boleh dibaca dalam bentuk pdf dll di internet. Tp bagi saya, banyak bezanya baca buku di online dengan yang real punya heee. Kalau beli buku, tak rugi sebab kalau dah banyak, boleh buat mini library di rumah ha3. Lagi pun banyak diskaun untuk buku-buku terpilih. P la cari, semuanya ada di kedai buku heee. Tak pun pegi je library desa, free je mcm-mcm buku ader.



Mutiara kata : Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson