Thursday, July 30, 2009

fesyen tah ape tak

kat Malaysia kalu fesyen-fesyen macam ni sah kena cop hantu raya tapi ni sebenarnya adalah fesyen-fesyen yang melanda Japan sekarang ni. Mintak-mintak tak sampai ke sini pengaruh fesyen ni kat sini. Buruk sangat mcm keliwon drama TV3 pun ada jugak..





AlBukhary International University

Saya ada mendapat maklumat berkenaan AlBukhary International University telah mula membuat pengambilan pelajar pioneer mereka.
Apa yang saya difahamkan, keutamaan akan diberi kepada pelajar2 yang datang dari keluarga yang susah ataupun anak2 yatim. Pelajar2 yang diterima masuk ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. Maklumat lanjut ttg kursus2 dan syarat kemasukan,

sila layari: http://www.aiu.edu.my/programmes.html

Tuesday, July 28, 2009

Ebook panduan untuk berjaya

Dalam zaman kemelesetan ekonomi ni banyak antara kita telah pun melakukan keja-keja part-time untuk menampung kos hidup yg semakin meningkat sekarang ni.
tak kurang jugak yang berniaga secara sambilan tak kira la secara konversional ke maksudnya secara biasa, niaga tepi jalan ataupun secara online (internet).

Disini sy akan berikan tip-tip yang sy dapat dr otai-otai usahawan internet tentang berniaga di internet. ianya meliputi cara nak bt website/blog dgn betul,cara meningkatkan traffic website/blog kita, dan tip-tips tambahan secara percuma.
anda boleh klik disini..

Bina Blog dalam 3 minit.pdf

5 Langkah Perniagaan Internet.pdf

Panduan Daftar Paypal.pdf

Rahsia_Web_Jualan.pdf

Kesilapan Ushawan Muda Internet.pdf

Model Internet,Clickbank,Paypal.pdf

pastikan komputer anda mempunyai perisian adobe reader yang terkini untuk membolehkan anda membuka fail format pdf.

Friday, July 24, 2009

Hutang dan perihalnya

Pada malam Isra' dan Mikraj Nabi SAW,
baginda melihat di tulis dipintu syurga :
orang yang memberi hutang lebih besar pahalanya dari orang yang memberi sedekah.
Lalu baginda bertanya kepada jibril ;
tidakkah orang yang memberi sedekah itu tidak akan mendapat kembali hartanya sedangkan orang yang memberi hutang akan ndapat kembali hartanya ? mengapa orang yang memberi hutang itu lebih besar pahalanya dari orang yang memberi sedekah ?
Jawab malaikat jibril :
pada kebiasaanya orang yang berhutang itu lebih mendesak dan kesemppitan dalam urusan kehidupanya dan berharap kepada pertolongan adapun orang yang menerima sedekah itu tidak semstinya seorang yang susah dan memberi sedekah itu adalah lebih mudah dari memberi hutang.
Memberi hutang adalah satu perkara dari Muamalah Islam yang dihalalkan oleh Allah SWT dengan syarat orang yang memberi hutang tidak menekan dan bersifat zalaim kepada orang yang berhutang dan orang yang berhutang pula mestilah bertimbangrasa dan berusaha untuk menjelaskan kembali segala hutang piutanya dan di wajibkan orang yang memberi dan menerima hutang itu menulis setip isi jumlah hutang-piutangya agar tidak berlaku amalan riba dan didak berlaku zalim-menzalimi antara satu sama lain. Dalam perkara ini kita melihat susana ekonomi negara yang tidak menentu ini kita dapati ramai dari kita yang telah dihimpit dengan masalah kewangan yang memerlukan perhatian dan bantuan dari sahabatnya yang lain.
Adalah terlalu sukar bagi kita untuk memberi pinjam dan memberi hutang hatta kepada adik beradik dan sahabat karib kerana kita tidak memahami kelebihan memberi hutang bahkan jauh dari itu kita sebenarnya merasa tidak yakin dan curiga serta bimbang kalau-kalau orang yang kita beri pinjam itu tidak membayarnya kembali.
Maka jalan pintas kepada kemelut kewangan yang dihadapi mereka pun mencari ceti-ceti haram atau Ah long untuk meminta bantuan segera kewangan. Secara jujurnya kita dapati bahawa ceti-ceti haram dan Ah Long ini mampu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi tetapi resiko yang dihadapi oleh peminjamnya amat besar dari jumlah bayaran balik yang tinggi kerana sudah diperakukan dengan kadar faedah yang tinggi hingga kadang-kadang terpaksa berpindah-randah melarikan diri dari ceti haram dan Ah Long ini dan yang paling teruk peminjamnya terpaksa untuk hilang nyawa.
Dari hujah semasa inilah kita lihat betapa Allah SWT memberikan pahala yang sangat besar kepada pemberi hutang kepada mereka yang sangat memerlukan dari kesempitan mereka yang sangat berharap kepada bantuan dan pertolongan kita.
Marilah kita bermuhasabah diri untuk membantu adik-beradik dan sahabat handai kita keluar dari belenggu kesempitan kewangan dengan cara berlapang dada untuk memberikan pinjaman peribadi terhadap mereka jika mereka datang untuk memohon bantuan dan pinjaman dari kita dan yakinlah kita bahawa Allah itu tidak sekali-kali memungkiri janjiNya.
sumber:abanjari

Mukjizat Solat

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera!
Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam...

Kelebihan sujud:

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Tuesday, July 21, 2009

Gerhana matahari separa di malaysia esok

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.
maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA-mStarOnline-


Friday, July 17, 2009

Kenali Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(org melayu terkaya)


Latarbelakang Syed Mokhtar-

Umur - 53 tahun

Pendidikan - SPM

Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Kekayaan -RM1,425 juta-

Ke 7 terkaya di Malaysia

Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)


Antara syarikat miliknya

MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,

BERNAS, Gardenia,

DRB-HICOM dan Bank Muammalat

Kereta - Proton Perdana


Sumbangan sosial -

Yayasan Al-Bukhary,

institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary,

menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,

pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami

dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

- Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.


Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.


Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Friday, July 10, 2009

Awas Kapal Terbang Melintas?

Selalunya Kita di Malaysia hanya mendengar keretapi melintas, lembu melintas tetapi kapal terbang melintas nampak mcm tak logik la pulak tetapi kenyataannya di sempadan Gibraltar dan Sepanyol kereta berhenti untuk bagi laluan kapal terbang.




boleh dijadikan produk pelancongan jugak ni..

Thursday, July 9, 2009

Idea yang kreatif

sesuatu yang mudah tapi tek terfikir oleh kita untuk membuatnya.kretif dan cantik









Apa yang istimewanya ialah ia boleh jadi basikal..

Wednesday, July 8, 2009

Aktiviti datang lagi








Aktiviti menyambungkan titik2 dan seterusnya mewarna pada hari Sabtu yang lepas telah dijalankan.
aktiviti seumpama ini juga dapat memupukkan lagi semangat perpaduan antara kaum, semoga Malaysia terus harmoni dan hidup aman dan damai untuk selama-lamanya.

Friday, July 3, 2009

Pengurusan Kewangan Anda

Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan.

Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.

Sebanyakmana pendapatan bulanan seseorag jika perancangan dan pengurusan dibuat secara sistematik, ia akan dapati kedudukan kewangannya mencukupi atau mungkin berlebihan.

Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistem.

Sesiapa sahaja, jika pendapatan diuruskan dengan bijak kedudukan kewangannya adalah berkeadaan baik atau stabil. Dengan ini satu kaedah diperlukan bagi menguruskan kewangan, cara yang mudah adalah dengan menggunakan template BijakBudget, ianya ringkas, percuma, simple dan mudah digunakan. Sistem ini direka khas untuk Pengurusan Kewangan atau Perancangan Kewangan

Anda boleh download Template BijakBudget ini pada bila-bila masa dan digalakkan untuk memperkenalkan perisian ini kepada individu yang lain supaya mereka dapat mengambil manafaat dari perisian ini.

Klik dibawah untuk Download:

Template BijakBudget

kalau tak boleh downlaod maklumkan kepada saya.

Tayar pancit atas Jambatan P.Pinang

Disebabkan dari senario tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain , Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit , menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan.



klik gambar untuk besarkan imej