Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti H1N1 jika abai kesihatan


BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi."Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh."Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut."Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA

Thursday, July 30, 2009

fesyen tah ape tak

kat Malaysia kalu fesyen-fesyen macam ni sah kena cop hantu raya tapi ni sebenarnya adalah fesyen-fesyen yang melanda Japan sekarang ni. Mintak-mintak tak sampai ke sini pengaruh fesyen ni kat sini. Buruk sangat mcm keliwon drama TV3 pun ada jugak..





Tuesday, July 21, 2009

Gerhana matahari separa di malaysia esok

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.
maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA-mStarOnline-


Friday, July 3, 2009

Tayar pancit atas Jambatan P.Pinang

Disebabkan dari senario tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain , Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit , menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan.



klik gambar untuk besarkan imej

Wednesday, June 24, 2009

Apa nak jadi la remaja zaman sekarang..

SAYA sungguh teruja menatapi beberapa keping gambar mengenai aktiviti 'ko-kokikulum' di lakukan oleh anak-anak kita di luar sekolah yang dipostingkan oleh jinggo-minaq dalam fotopagesnya.

Menurut Jinggo seorang jurufoto profesional kegiatan seperti ini biasa, tentu beliau merakam banyak lagi foto-foto 'ko-korikulum' sebegini atau lebih teruk daripada keadaan ini!
Renung dan tetapilah tiga daripada beberapa keping gambar kegiatan pelajar perempuan ini yang dipaparkan.
Apakah kegiatan ini mereka lakukan selepas pulang dari sekolah atau mereka memang ponting sekolah untuk melakukannya. Memerhati kepada lokasinya tempat mereka 'tuisyen' ini agak tertusuk.

Kegiatannya ini dikira ringan, mereka hanya belajar menghisap rokok. Tetapi dari kegiatan yang ringan inilah kemudian akan bertukar menjadi berat. Dari rokok mereka belajar menghisap ganja atau meminum minum keras atau menelan pil khayal. Selepas itu mereka akan berkembang ke pusat-pusat hiburan.

Selepas itu mereka akan terjebak dengan kegiatan 'kokorikulum' yang lebih daring lagi termasuk menjual batang tubuh.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Apakah bila mereka melakukan 'ko-korikulum' dalam berkeadaan berpakaian seragam sekolah maka pihak sekolah perlu dipersalahkan?

Ataupun siapa? Kita sering kali tunding menunding bila berhadapan dengan masalah seperti ini; ibubapa kata pihak sekolah perlu bertanggungjawab manakala guru-guru pula kata ibubapa yang perlu mendidik anak-anak selepas keluar dari pagar sekolah.Yang pastinya kegiatan pelajar seperti ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memporak peranda negara di masa depan. Mereka adalah generasi penerus.
Maka setiap antara kita bertanggungjawab menanganinya tidak kira mereka anak siapa. Barang kali ada baiknya juga kalau kita kurangkan berbahas soal lain-lain untuk memberi tumpuan dan fokus kepada soal moral dan kelakuan rendah moral anak-anak kita.

sumber mso