Friday, May 29, 2009

Review Buku

LIKU-LIKU MENITI KEJAYAAN - SEBUAH AUTOBIOGRAFI
Selenggaraan : Lt Kol Dr. Mohd Yunus Masjuki TUDM
Tahun cetakan : 2008
ISBN : 978-983-3900-35-0
Nombor rujukan : M 923.5595
Ringkasan :

Buku ini memaparkan kisah seorang anak tani yang telah berjaya dalam bidangnya sebagai seorang pegawai TUDM berpangkat Leftenen Kolonel- Lt.Kol.(U) Dr.Mohd Yunus b. Masjuki. Meskipun dibesarkan dalam adik beradik seramai 9 orang dan serba kekurangan, namun tubuh kecil beliau tidak pernah menyerah kalah dalam memburu pencapaian akademik dari sekolah rendah sehinggalah keperingkat PhD. Dalam aspek membina kejayaan dalam kerjayanya, beliau mengajak pembaca mengenal erti kehidupan, menghargai nilai kesusahan hidup dan menghargai pemberian. Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan boleh didapati di Seluruh Perpustakaan Desa PNM dan juga Bahagian Rujukan Monograf, Pusat Maklumat Malaysiana, Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia..

Amalan Rasullah S.A.W

Hari jumaat yg mulia ni elok kita penuhkan jiwa dgn perkara yg diredhai Allah S.W.T.

"1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :- Berlimpah pahala dari Allah- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaatbeliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku,bersisir dan berminyak wangi.!

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelumlapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampaikekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertigalainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummatIslam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad,mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki,keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akanberjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Inimenunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletakpada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi olehkebersihan dan kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan biladuduk maka berbaring- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkankegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagikelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras,serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas makamenjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari ! sifat sifat mazmumah danhiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Thursday, May 28, 2009

Dimana Boleh Cari Ramai Melayu


Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

memang pedih dan pedas tp untuk lebih berjaya apa salahnya..

Penyokong komunis...

Sejak beberapa hari lepas berita media perdana hangat dengan isu usaha menghidupkan ideologi komunis di Malaysia dan percubaan membawa pulang Chin Peng ke Malaysia.

Menurut blog tersebut mereka juga sebenarnya adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan British.Blog yang diberi nama Kampung Pendamaian Shukirin iaitu nama kampung anggota-anggota komunis di Thailand.

(Gambar: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chen Ping. Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)

Apa yang kita belajar dari subjek sejarah mereka ialah pengkhianat negara dan bertempur dengan tentera dan membunuh orang awam. Komunis adalah satu ideologi yang diguna pakai di negara besar seperti China dan Russia. Tapi la ni fahaman ni telah terhapus dan menyaksikan Russia terpecah kepada beberapa negara-negara kecil seperti Uzbekistan, Bosnia, Serbia dan sebagainya.

Mereka pula berpendapat sebaliknya, mereka menganggap mereka lah yang telah cuba membebaskan Tanah Melayu drp penjajahan British...

Blog Kampung pendamaian Shukirin boleh dilayari DISINI

Anda pulak bagaimana?

Wednesday, May 27, 2009

Koleksi Buku Terbaru

LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG

Penulis
Mohd Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria
Tahun cetakan
2008
ISBN : 978-983-3494-96-5
Nombor rujukan: M 650.1




Ringkasan :

Buku ini dikarang oleh dua orang tokoh dalam bidang motivasi dan keushawanan, iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Tuan Hj. Muhammad Zakaria.


Percantuman idea dari dua orang tokoh ini, telah menghasilkan suatu buku yang amat menarik dibaca. Antara lain buku ini membincangkan kekuatan persiapan awal yang mesti ada pada seseorang sebelum menceburi dunia keushawanan, iaitu ilmu keushawanan.

Kekuatan ilmu tersebut mampu menjadi perisai bagi segala tohmahan, ugutan dan cabaran yang akan dihadapi. Selain daripada itu seseorang ushawan itu perlu memiliki hati sekeras batu untuk berhadapan dengan cabaran, namun mempunyai perasaan selembut air dalam mengahadapi ragam manusia yang berurusan dengan mereka.

Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami, gambar foto, ilustrasi dan kartun dalam memantapkan hujah-hujah pengarang serta penggunaan carta dan jadual menyebabkan buku ini semakin menarik untuk dibaca.


Tuesday, May 26, 2009

Gambar Kreatif?

Li Wei, begitulah namanya, memandang karya-karyanya punya misi tertentu yaitu suatu adegan demi fotografi dan nampak yang sempurna
Dia mahir menciptakan ilusi tentang kenyataaan yang berbahaya



cuma kadang2 ianya akan membuatkan kita berfikir semula tentang idea beliau ni...

Wajarkan meminjam amanah saham?

sumber: otai invesment

Pagi tadi saya menerima ‘brochure’ dari sebuah bank terkemuka tempatan yang menawarkan skim pembiayaan bagi melabur dalam sebuah dana Amanah Saham berharga tetap.

Tambah menarik, skim pembiayaan tersebut menawarkan perlindungan insurans bagi baki pinjaman yang belum dijelaskan. Mereka mengatakannya sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Nampak bagus!.Bagaimana pun saya ingin bertanya, dalam air yang bagaimanakah kita menyelam dan apakah jenis air yang kita diberi minum? Kalau air Zam-Zam teringin juga!!

Berbalik kepada pembiayaan tersebut. Pembayaran balik bulanan berdasarkan KPA -0.10% (6.65% dengan KPA semasa 6.75%).Adakah KPA -0.10% berterusan sehingga tempoh (tahun) pembiayaan tamat ? Berdasarkan pengamatan saya terhadap pakej sebelum ini, bank yang sama mengenakan KPA +0.1% pada setiap tahun sehingga tamat tempoh pembayaran balik.

Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam Amanah Saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:Jumlah pinjaman : RM 50,000.00Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)Bayaran balik sebulan : RM 377.22Jumlah bayaran balik : RM 90,532.80 (240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?Saya mengandaikan dana Amanah Saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00 ( 10 % setahun )Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80Keuntungan bersih : RM 245,842.20

Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam Amanah Saham tanpa meminjam?Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20 (240 bulan)Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27( purata 10% setahun )Perbezaan:Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27 (RM 377.22 sebulan/240 bulan)Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20 (tolak bayaran balik pinjaman)Beza : RM 27,260.07Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan Amanah Saham kita?Tidak perlu bersusah payah. Masih bank yang sama. Masih kaunter bank yang sama. Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun Amanah Saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman.Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!
CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran.

Percuma.
UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Cara Bertaubat

Soal Jawab Agama

Adakah cukup dengan lafaz “aku bertaubat dan menyesal” dengan perbuatan lama serta cuba untuk menjadi hamba yang soleh/solehah sahaja tanpa melakukan solat sunat taubat atupun taubat nasuha?

Gadis ingin tahu,
Shah Alam

Penjelasan:
Tidak perlu apa-apa lafaz untuk bertaubat.
Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat:

(1) Menyesali perbuatan salah yang telah dilakukan.

(2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 406.

(3) Berhenti melakukan kesalahan tersebut dan

(4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal.