





Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.” Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?
Wallahualam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.
Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.
Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.
Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya. (sa/iol)
sumber Dicatat oleh Na'im Nikmat di 09:22Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka- mereka yang telah berjaya menuju kebebasan kewangan.
Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.
Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.
Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.
Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.
Best Regards,
Abang Mat
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS ) SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Kobis ditanam dengan menggunakan biji benih. Kawasan yang luasnya 0.4 hektar (1 ekar) memerlukan lebih kurang 0.5-0.8 kg. biji benih. Biji benih ini boleh ditabur terus ke atas batas atau disemai dahulu di tapak semaian. Selalunya cara semaian lebih elok dijalankan kerana kita dapat memilih pokok-pokok yang sihat dan subur untuk diubah ke batas tanaman. Buat tapak semaian yang berukuran 1 m lebar dan 3 m panjang Taburkan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat seperti thiram atau benomyl dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Gaulkan biji benih ini dengan pasir halus/tanah peroi dan barulah ditabur di tapak semaian. Tutup tapak semaian dengan lalang kering ataupun pelepah kelapa dan siramkan air. Biji benih akan mencambah selepas 3-4 hari ditabur. Buangkan daun penutup tapak semaian supaya tidak mengganggu pertumbuhan seterusnya.
Ubah anak benih apabila telah mempunyai 4-5 helai daun, iaitu kira-kira empat minggu selepas disemai. Sebelum mencabut anak benih, siram tapak semaian secukup-cukupnya. Seelok-eloknya cabut anak benih bersama dengan tanah di sekelilingnya. Ini dapat mengelakkan kerosakan akar dan mempastikan anak benih itu tidak terencat pertumbuhannya selepas diubah ke batas tanaman. Hanya anak-anak benih yang sihat sahaja diubah ke ladang. Ubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang hari. Siramkan air setelah mengubah anak benih. Keterangan lanjut : http://pertanianmjg.perak.gov.my/kobis.htm