Saturday, May 15, 2010

Penggunaan Komputer di Perpustakaan


Perpustakaan dan Komputer. Zaman kini semuanya dimonopoli oleh Komputer. Semua transaksi utama dunia juga menggunakan teknologi komputer. Perpustakaan juga banyak menggunakan komputer. Dari komputer pelayan yang berharga berjuta ringgit hinggalah komputer untuk penggunaan pencarian bahan perpustakaan. Zaman dulu kala perpustakaan menggunakan sistem manual, tapi sekarang semuanya telah dikomputerkan. Malahan terdapat lebih dari 100 buah komputer untuk penggunaan pengguna perpustakaan di tempat keja saya berkerja. Penuh dengan pelajar/pensyarah atau ahli public menggunakannya.

Dulu banyak orang terfikir kalau disebut perkataan Perpustakaan hanya Buku akan keluar dari mulut. Tetapi sekarang lain. kalau sebut perpustakaan, keluar Buku,Komputer,Database,Internet dan macam-macam lagi. Malahan terdapat 1 kajian yang dibuat oleh Fakulti Teknologi Maklumat di Universiti Washington Amarika Syarikat bahawa terdapat lebih daripada 77juta rakyat Amarika Syarikat yang berumur 14 tahun keatas menggunakan komputer di perpustakaan untuk mencari pekerjaan, laman web sosial, dan juga sebagai medium untuk pencarian maklumat. Kajian ini telah dibiayai oleh Bill & Melinda Gates Faundation.

Itu data yang diperolehi oleh sebuah negara menbangun iaitu Amerika Syarikat. Malahan, hampir 40% menggunakan komputer di Perpustakaan Awam ditempat masing-masing. Komputer dan perpustakaan. Kalau diperbanyakkan komputer diperpustakaan khasnya di Perpustakaan Awam, bagi saya ia mampu menarik perhatian masyarakat keperpustakaan. Jangan dianggap datang keperpustakaan hanya untuk membaca buku, tetapi banyak lagi yang boleh dilakukan. “Knowledge is Power”.

Dimana tersimpannya “Knowledge” itu?

Perpustakaan.

Orang Malaysia Bila lagi?

Sumber: The Age

No comments:

Post a Comment