Tuesday, May 19, 2009

Kenapa Orang Melayu Tidak Minat Membaca Buku

sumber Utusan Malaysia
MELAKA 22 Feb. – Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu pada masa ini terutama pelajar institusi pengajian awam.Presidennya, Datuk Ghani Ngah berkata, perkara tersebut turut diperkatakan di kalangan pihak media dan pakar akademik yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai tahap penurunan minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu sejak kebelakangan ini.Katanya, DIMB percaya keadaan itu berlaku disebabkan pergantungan pelajar atau remaja terhadap kemudahan Internet yang dianggap lebih mudah dalam menyalurkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh mereka.‘‘DIMB berharap agar pihak berkaitan terutama dari pihak kerajaan sendiri perlu mencari formula berkesan untuk menarik kembali minat pelajar Melayu terhadap pembacaan pelbagai jenis buku,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Islam anjuran Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU) di sini hari ini.Pada masa yang sama, katanya, pelajar Melayu itu sendiri perlu mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti membaca bagi memastikan generasi akan datang tidak cetek ilmu pengetahuan.Katanya, senario membimbangkan itu timbul disebabkan kesilapan pelajar dan masyarakat sendiri yang beranggapan membaca itu hanya untuk lulus peperiksaan.‘‘Akibat pandangan itu, kebanyakan pelajar hanya akan membaca sebagai persediaan untuk lulus peperiksaan dan apabila selesai, buku tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu dibaca semula atau untuk rujukan selanjutnya.‘‘Sikap membaca ini adalah untuk semua peringkat, ia bukan hanya untuk mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan,” katanya.Beliau berkata, buku masih berperanan dan merupakan alat berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada pembaca berbanding kemudahan Internet yang masih bergantung kepada kesesuaian peralatan dan talian tetap.Pada masa yang sama, katanya, jika dilihat mengenai sambutan pengunjung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, pihaknya mendapati hampir 85 peratus daripada kira-kira tiga juta pengunjung terdiri daripada orang Melayu.

komen sikit:

1. Membaca ni kena dibudayakan dari kecil lagi. Kanak-kanak perlu digalakkan masuk ke kedai buku, belek-belek buku, beli-beli buku & baca-baca buku hee. Jgn apabila kanak-kanak nak pergi belek-belek buku, kita suruh dia cepat-cepat belek atau jangan langsung pergi belek !! Ada ka patut ??

2. Kalu kita masuk mana-mana kedai buku yang besar-besar macam Popular, MPH, Times (yang kita boleh baca buku kat ruangan yang disediakan), kita dapat lihat ramai kanak-kanak ‘bukan Melayu’ baca buku di situ.

3. Parents diaorang plak, sanggup tunggu dgn baca buku-buku lain yang ada kat situ, seperti buku-buku perkebunan, resepi masak, permotoran dll. Kadang2 ada jugak auntie yang dah tua-tua boleh p baca buku ‘cara buat magic’?? Macam nak hentam gelak ja tengok. Harga dia mak aih – RM280++

4. Tak dinafikan, banyak buku sekarang ni boleh dibaca dalam bentuk pdf dll di internet. Tp bagi saya, banyak bezanya baca buku di online dengan yang real punya heee. Kalau beli buku, tak rugi sebab kalau dah banyak, boleh buat mini library di rumah ha3. Lagi pun banyak diskaun untuk buku-buku terpilih. P la cari, semuanya ada di kedai buku heee. Tak pun pegi je library desa, free je mcm-mcm buku ader.



Mutiara kata : Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson

No comments:

Post a Comment